Makluman Terkini!

konvo3
Ahad, Oktober 12, 2008

iklan fkamc 2008

Baca lagi...

Selasa, Oktober 07, 2008

Pengenalan

Festival Konvokesyen dan anugerah Mahasiswa/Mahasiswi Cemerlang (FKAMC) kali yang ke-16 ini merupakan satu kesinambungan usaha yang dilakukan oleh Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir ( PMRAM ) untuk meraikan graduan – graduan Universiti Al-Azhar yang telah berjaya menamatkan pengajian mereka di bumi Mesir ini. Majlis ini merupakan luahan rasa penghargaan daripada PMRAM kepada mereka yang bertungkus lumus membanting tenaga dan pemikiran serta usaha untuk membina jatidiri dan peribadi yang bersiap sedia untuk berhadapan dengan masyarakat dan realiti tanah air yang penuh dengan tribulasi.


Universiti Al-Azhar sedari dulu sememangnya terkenal sebagai pusat kecemerlangan pelbagai ilmu Islam yang menghasilkan kaedah – kaedah dakwah yang berkaliber. Keunggulan institusi ini telah melahirkan ramai bakal -bakal pemikir intelektual Islam yang berkemampuan mencernakan budaya ilmu dari segenap segi baik teori mahupun praktikal. Adalah diyakini bahawa graduasi keluaran Al-Azhar dapat menangani permasalahan sosio - budaya persekitaran yang berlaku malah berkebolehan membimbing masyarakat mengikut tahap intelektual mereka. Momentum penghasilan pencernaan budaya ilmu yang diperolehi oleh mahasiswa Al-Azhar secara formal atau informal mampu menghasilkan suatu budaya inovatif tentang keilmuan itu sendiri melalui reformasi – reformasi tertentu terhadap dasar pedidikan Islam. Hasil gandingan tersebut telah menghasilkan suatu natijah mengenai pendidikan yang berteraskan keagamaan. Ia semkin diminati kerana membuka lembaran baru tentang pengajian Islam di Malaysia.

Program FKAMC kali ke-16 ini adalah diantara usaha ke arah melahirkan para ilmuan intelektual agama sesuai dengan tema ‘Ulama Pewaris Nabi’ disamping melahirkan rasa penghargaan di atas kejayaan mahasiswa / mahasiswi Al-Azhar.

Baca lagi...

Isnin, Oktober 06, 2008

Kronologi FKAMC

KONVOKESYEN merupakan satu nama yang cukup sinonim bagi mahasiswa lepasan universiti. Ia bertujuan untuk meraikan graduan –graduan lepasan universiti, sebagai satu penghargaan di atas segala yang telah mereka laksanakan untuk mencapai sebuah kejayaan dalam bidang pengajian khususnya.

Selaku persatuan induk yang juga menjaga kebajikan pelajar, PMRAM turut mementingkan kualiti sebagai penuntut ilmu agama terutamanya, bagi meneruskan sirah perjuangan Rasulullah صلى الله عليه وسلم . Sebagai penghargaan kepada mereka yang dianggap berkualiti menjadi “ULAMA’ WARAATHATUL ANBIYA’’’, PMRAM mengambil inisiatif mengadakan satu “majlis penghargaan” sebagai “penyuntik semangat” untuk mereka yang berjaya bagi penerus teraju ISLAM yang akan datang.


Dengan demikian itu,terbentuklah satu team work bermula pada tahun 1992 hingga sekarang sebagai pelaksana bagi “majlis penghargaan” ini. Marilah kita sama-sama, merenung sejenak peristiwa-peristiwa., dan menyingkap serba sedikit sejarah cetusan konvokesyen PMRAM sebagai santapan selaku kita ahli PMRAM.

Tanggal 13 SEPTEMBER 1998, Majlis Konvokesyen dan Anugerah
Mahasiswa Cemerlang kali ke-7 telah berlangsung di Dewan Syeikh Soleh Abdullah Kamil, Dewan Fakulti Perubatan Universiti Al-Azhar. Team ini diketuai oleh Hj. Mohd. Azam b. Abd. Samat, dibantu Ustazah Noor Hashimah bt. Abdullah. Turut diraikan bersama mahasiswa-mahasiswi mithali. Antara acara lain yang turut
dipersembahkan, dilancarkan pameran komputer bagi memperkenalkan PMRAM
selaku badan induk yang menaungi anak-anak Malaysia di Mesir.

19 SEPTEMBER 1999, Majlis Konvokesyen dan Anugerah Mahasiswa
Cemerlang kali yang ke-8 berjaya dilaksanakan juga bertempat di Dewan Syeikh Soleh Abdullah Kamil. Majlis konvokesyen ini mendapat sumbangan terbesar dari Encik Khalid b. Abdul Samad yang mana merupakan Pengurus Malaysia Airlines System(MAS). Pada tahun ini juga, tokoh Mahasiswa dan mahasiswi mithali dianugerahkan tiket penerbangan pulang ke tanah air beserta sijil dan hadiah iringan.

18 SEPTEMBER 2002 bersamaan 10 Rejab 1423 Hijrah, di Dewan Haflah Kubro, sekali lagi majlis gilang gemilang yang ke-11 ini dianjurkan oleh PMRAM di bawah pimpinan LAJNAH PENDIDIKAN PMRAM. Penyertaan kali ini amat
memberansangkan iaitu seramai 492 mahasiswa dan mahasiswi telah menyertai majlis ini.

22 SEPTEMBER 2004 bersamaan 7 Syaaban 1425 Hijrah, Majlis
Konvokesyen dan Anugerah Cemerlang kali ke-13 telah berlansung di tempat yang berlainan iaitu di Al– Azhar Conference Centre (ACC), ini kerana sambutan kali ini amat menggalakkan memaksa PMRAM merubah dan mencari tempat yang lebih
selesa.

Pada tanggal 13 dan 14 September 2005 bersamaan 9 dan 10 Syaaban 1426 Hijrah , Majlis Konvokesyen Dan Anugerah Mahasiswa Cemerlang telah ditukar nama sebagai Festival Konvokesyen dan Anugerah Cemerlang (FKAMC).

Seterusnya, 20 Oktober 2007 bersamaan 8 syawal 1428 Hijrah Festival
Konvokesyen dan Anugerah Cemerlang sekali lagi berlangsung di Azhar Conference Centre.

Kronologi Festival Konvokesyen dan Anugerah Cemerlang anjuran PMRAM mula melabuhkan tirai , rentetan daripada perjalanan sepanjang majlis tersebut telah berlansung sepanjang tahun, sebanyak 15 kali telah menghasilkan dan melahirkan para graduan Al-Azhar yang telah berjaya membawa pulang kejayaan yang
diimpikan. Kejayaan tersebut merupakan satu kenangan yang paling bermakna dan manis untuk disemat dan juga dijadikan sebagai satu pengalaman yang berharga sepanjang hidup untuk meredah, mencari ilmu di Ardul Kinanah. Tuntasnya,harapan yang tinggi agar para graduan yang telah berjaya dapat terus melahirkan
ulama’- ulama’ muda di tanah air dengan mencurahkan ilmu yang diperolehi di Bumi Anbiya’.

Baca lagi...